Saturday, 29 June 2013

Help Project

Butiran Help Project
- focus utama kepada golongan gelandangan kota 
- platform mengumpulkan golongan muda dan belia dlm program 'charity'

KAMI adalah kumpulan persendirian yang terdiri dari anak-anak muda yang inginkan satu kehidupan yang berlandaskan Akhlak Rasullullah. Kami tidak punyai banyak ilmu agama mahupun ilmu yang mendalam dalam bab2 agama... tapi kami cuba untuk mengikuti Akhlak Rasullullah (utk berubah ke arah yang lebih baik).

Kami sedar, seiring dunia moden dan maju,kita seringkali lupa dan leka. Kita tahu tapi kita hanya mampu lihat sahaja. Malu untuk membuat kebaikan, bergantung harap pada orang lain untuk membuat kebaikan... terlalu memilih untuk menghulurkan bantuan, terlalu berprasangka untuk membantu. Bisikan dan godakan syaitan dan iblis selalu menghantui fikiran kita.

Kami sedar, ada di antara kita yang mahukan perubahan untuk ke arah yang lebih baik tetapi tidak tahu memulakan dari mana. Termasuklah diri KAMI sendiri yang mahukan kehidupan yang di lebih baik dari hari semalam. Di sini kami mengajak anda semua untuk membuat kebaikan bersama walaupun kecil di mata kita. Mulakan selangkah kebaikan untuk semulia perubahan.

Tidak salah membudayakan salah satu Akhlak Rasulullah dalam kehidupan kita yang singkat ini.Lebih menarik jikalau ia boleh jadi satu HOBI yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Mari sama-sama memBUDAYAkan Akhlak Rasulullah (Saling Membantu/Menolong orang yang di dalam kesusahan).

No comments:

Post a Comment